Sabtu, 22 November 2008

Suasana Perlawanan Badminton Wanita DT

ANJURAN BIROWANITA PBTS TUTONG

KEJOHANAN P.B.T.S BADMINTON BERPASUKAN
WANITA-WANITA DAERAH TUTONG
ANJURAN BIRO WANITA P.B.T.S kali ke 4 2008
10 OGOS 2008 ( Hari Ahad )
Tempat : Dewan Serbaguna Serambangun Tutong
Kejohanan ini telah bermula pada 6hb. Julai dan berakhir pada 10hb. Ogos 2008 - diadakan pada setiap hari AHAD saja, jam 2:30 petang. Ianya adalah salah satu Projek Tahun persatuan ini. Dalam kejohanan ini diadakan 5 pasukan dan mempunyai 5bergu bagi setiap pasukan. Nama-nama pasukan terdiri dari ASHAWAY, NIKE, PUMA, FILA & REEBOK. Setiap BERGU pasangan adalah secara berundi mengikut ranking masing-masing.

Pengerusi Majlis YM. Dyg. Hjh. Maimunah binti Abdullah Mambang

Gambar Yang Dipertua Persatuan PBTS YM. Abdul Kani bin Abdullah bersama Tetamu Kehormat YM Dr. Hjh. Jamilah Hj. Md. Yusof - Isteri Pegawai Daerah Tutong

Sebahagian Jemputan Khas yang hadir & AJK Tadbir Tertinggi PBTS sama-sama menyerikan lagi majlis pada tersebut

Memperkenalkan Ketua-Ketua Pasukan kepada Tetamu Kehormat

Sebahagian hadiah yang akan diterima oleh pemenang

Sebahagian Hadiah BERTUAH yang telah disponserkan oleh
Ampuan Ammilee Farahiyah & Dyg. Hjh. Jainah
PBTS tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih atas kemurahan hati biskita. Semoga Allah akan menambahkan lagi rezeki n maju dalam bidang bisness yg diceburi.

Pengerusi menyampaikan CENDERAMATA KENANG-KENANGAN
kepada Tetamu Kehormat YM. Dr. Hjh. Jamilah binti Hj. Md.Yusof
Isteri Pegawai Daerah Tutong
Gambar ramai kenang-kenangan bersama TETAMU KEHORMAT
Jawatankuasa Penyelenggara Perlawanan sedang sibuk menyediakan "Scoresheet" sebelum perlawanan dimulakan.
Timbalan YDP YM. Awg. Jaafar bin Abdullah Salleh menyampaikan hadiah bertuah
kepada Dyg. Hjh.Norazizah Hj. Othman...gembiranya dia......
Kategori BERGU KESELURUHAN TERBAIK 2008
Rosida & Ng Yuk Moi Bergu 4 dari Pasukan ASHAWAY
Walaupun kami bukan pasangan pilihan tapi kami tetap BERSATU dan JUARA....
TAHNIAH..... tahun depan pasangan lain lagi yah....

Sebahagian peserta sedang beraksi.......Jgn tah luan difikirkan tu... main saja.....Menang ni krg..
Sebelum perlawanan dimulakan, pihak penganjur mengadakan acara SENAMROBIK & MEMANASKAN BADAN. Ini adalah menggelakan daripada ketegangan otot-otot sebelum memulakan perlawanan.
JOHAN - PASUKAN ASHAWAY
Hooooorey.... Kami JUARA.....
NAIB JOHAN - PASUKAN REEBOK
TEMPAT KETIGA - PASUKAN PUMA

Emmmm... senyum lebar yah...... tahniah & terima kasih kerana sama2 menjayakan acara ini. InsyaALLAH Tahun depan jumpa lagi ya.......

Tempat ke 4 - Pasukan FILA

Tempat ke 5 - Pasukan ADIDAS

Tempat ke 6 - Pasukan NIKE

TAHNIAH kepada pasukan berjaya dan yang tidak berjaya jangan putus asa.......kita berjuang lagi tahun hadapan..... okey!!!!!

Sebelum bersurai dan menikmati jamuan..... sorakan HORREY 3 kali berkumandang dan menandakan majlis berakhir....

Sebelum bersurai, Tetamu Kehormat, para jemputan khas & peserta menikmati jamuan. Acara berakhir pada jam 6:15 petang

PENGHARGAAN DAN SEKALUNG BUDI

Pengerusi dan AJK kerja dengan rasa berbesar hati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih di atas kehadiran kepada

Yang Mulia Puan Dr. Hjh. Jamilah binti Hj.Md.Yusof

Isteri Pegawai Daerah Tutong - selaku Tetamu Kehormat.

Jemputan-jemputan Khas, AJK Tadbir PBTS

Pegawai-pegawai & Kakitangan:

Jabatan Daerah Tutong - Kementerian Hal Dalam Negeri Sumber-sumber Utama

Pusat Perkembangan Keusahawanan - Kementerian Perindustrian dan

Jabatan Belia dan Sukan Tutong - Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

Hakim-hakim yang dilantik

Penaja-penaja kejohanan

dan semua peserta WANITA-WANITA DAERAH TUTONG yang terlibat memberikan kerjasama dari segi tenaga, buah fikiran serta sokongan moral yang padu bagi melancarkan dan menyerikan lagi acara acara kejohanan ini. Semoga usaha dan kerjasama yang diberikan itu akan mendapat ganjaran pahala dari ALLAH S.W.T jua ......AMIN.....

Sekian TERIMA KASIH

WASSALAM

DARI PENGURUS PERLAWANAN