Selasa, 14 Julai 2009

KEJOHANAN PBST BADMINTON BERPASUKAN WWDT09


Gambar kenang-kenangan bersama Tetamu Kehormat Isteri Pegawai Daerah Tutong Puan Hjh. Nurliyana binti Abdullah Fung

Sabtu, 6 Jun 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH TERTUNDA

Dimaklumkan kepada SEMUA PESERTA / PEMAIN BADMINTON BERPASUKAN WWDT09 bahawa
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH [7hb. JUN 2009]
telah ditunda ke
5 JULAI 2009 - AHAD
Jam : 2:30ptg
Di Dewan Serbaguna SERAMBANGUN Tutong
Kami memohon MAAF atas perkara yang tidak dapat dielakkan.
HARAP MAKLUM.

Khamis, 21 Mei 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH 2009

Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatnkuasa Majlis, dengan penoh hormat dan takzim menjunjung Pengiran mempersilakan Awang /Dayang hadir ke KEJOHANAN P.B.T.S BADMINTON BERPASUKAN WANITA-WANITA DAERAH TUTONG KALI KE 5 BAGI TAHUN 2009 Sempena 5 tahun penubuhan persatuan anjuran Biro Wanita P.B.T.S dan seterusnya Majlis Penyampaian Hadiah :

7 JUN 2009

13 JAMADILAKHIR 1430H


AHAD

2:30 PETANG


DI DEWAN KOMPLEKS SUKAN TUTONG


Tetamu Kehormat

Yang Mulia

Puan Hjh. Marliyana binti Abdullah Fung

Isteri Pegawai Daerah Tutong.


Di atas keberangkatan Pengiran kehadiran Awang / Dayang, Pengerusi dan ahli-ahli Jawatankuasa Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih.

YANG BERHARAP

PENGERUSI DAN AJK. MAJLIS 2009


Dalam majlis ini akan diadakan

HADIAH-HADIAH BERTUAH.......

bagi PESERTA/PEMAIN yang HADIR sahaja dan JEMPUTAN-JEMPUTAN KHAS.

marilah sama-sama memeriahkan lagi majlis ini......


Untuk mengetahui ATURCARA MAJLIS dan AHLI JAWATANKUASA MAJLIS
sila rujuk dan tekan disini http://www.pbts.synthasite.com

Rabu, 20 Mei 2009

PERLAWANAN TERTUNDA 22HB. DIBATALKAN

MAKLUMAN Kepada SEMUA pemain PERLAWANAN TERTUNDA
22HB. MEI 2009 JUMAAT adalah diBATALKAN
kerana DEWAN KOMPLEKS SUKAN digunakan untuk PERLAWANAN BOLAJARING- Pesta Sukan Remaja ( PSR)
PERLAWANAN TERTUNDA dan PERLAWANAN DIAWALKAN ( 7hb. Jun ) akan di adakan pada
24HB. MEI 2009 ( AHAD )
jam 2.30pm - 6pm.
DEWAN KOMPLEKS SUKAN TUTONG
Semua pemain diharap datang pada 24hb. Mei 2009 untuk melancarkan lagi perlawanan kita hari tersebut.

Sila tekan disini http://www.pbts.synthasite.com/bagi mengetahui CADANGAN TARIKH BAGI PERLAWANAN TERTUNDA mengikut BERGU MASING-MASING.
Sekian HARAP MAKLUM dan TERIMA KASIH

Isnin, 11 Mei 2009

PERLAWANAN HARI KETIGA

Perlawanan hari ketiga pada 10hb. Mei 2009 ( Ahad ) di Dewan Serbaguna SERAMBANGUN Tutong jam 2.30 - 6 petang. Sebelum memulakan perlawanan, pihak pengurus memberikan sedikit penerangan kepada peserta agar dapat melaksanakan perlawanan-perlawanan yang TERTUNDA ( 3hb. & 8hb. Mei ). AJK juga tidak lupa mengucapkan "SELAMAT HARI IBU" kepada peserta yang bergelar IBU. Semoga menjadi seorang IBU yang berdidikasi kepada anak-anak , diberi HIDAYAT, KERAHMATAN, KEHARMONIAN dalam keluarga, BAHAGIA disamping SUAMI TERCINTA dan BERKEKALAN hingga ke akhir hayat....AMIN.
Mother's Day
New MySpace Layouts

Perlawanan bermula pada jam 3:15 petang. Alhamdulillah, perlawanan hari ini berjalan dengan lancar atas kerjasama semua.

Pasukan yang berlawan pada hari ini:
BERLIAN Vs NILAM
ZAMRUD Vs MUTIARA
INTAN Vs DELIMA

Untuk mengetahui keputusan TERKINI sila tekan di sini http://www.pbts.synthasite.com/

Sebanyak 18 Bergu telah dapat dijalankan. Dalam pada masa yang sama, perlawanan TERTUNDA dan juga perlawanan AWAL dari tarikh yang telah ditetapkan juga telah dapat dilaksanakan mengikut persetujuan kedua-dua pihak lawan. Ini adalah untuk mengisi ruangan bagi perlawanan yang TERTUNDA pada hari ini. Perlawanan selesai pada jam 6:15petang.
Kita akan berjumpa lagi
PERLAWANAN HARI KE 4
PADA: 17HB.MEI 2009
AHAD
DI DEWAN KOMPLEKS SUKAN, JBS. TUTONG

Isnin, 4 Mei 2009

PERLAWANAN HARI KEDUA

KEJOHANAN P.B.T.S BADMINTON BERPASUKAN WWDT09

Pada : 8HB.MEI2009 - JUMAAT

Tempat : Dewan Kompleks Sukan, Jabatan Belia dan Sukan, Tutong.
Jam : 2.30ptg - 6:00ptg.

Pasukan -pasukan seperti berikut:
DELIMA Vs ZAMRUD

MUTIARA Vs NILAM

BERLIAN Vs INTAN

Selamat BERJUANG.......... demi PASUKAN masing-masing.
Yang penting : "BERSATU.....BERMUAFAKAT.....MEMBAWA BERKAT....."
Diharap SEMUA PESERTA hendaklah sentiasa STANDBY / BERSIAP SEDIA untuk perlawanan yang diarahkan oleh AJK bagi yang TERLIBAT untuk menggelakan dari BANYAK PERLAWANAN TERTUNDA dan akan dihubungi jika ada perubahan perlawanan tersebut.
Jika terdapat BERGU lawan tidak dapat hadir pada hari PERLAWANAN, BOLEHLAH memberi CADANGAN perlawanan diAWALKAN dari tarikh yang telah ditetapkan... dengan menghubungi / kata sepakat dgn. pihak lawan yang dicadangkan.
Sekian harap MAKLUM....... Semoga perlawanan tersebut BERJALAN dengan LANCAR....AMIN

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
dari PENGURUS PERLAWANAN

Ahad, 3 Mei 2009

PERLAWANAN HARI PERTAMA

Alhamdulillah, perlawanan Badminton WWDT09 pada hari ini telah pun bermula. Sebelum perlawanan dimulakan, pengurus perlawanan memberikan beberapa penerangan berkenaan dengan perlawanan tersebut. Pembayaran telah dilaksanakan. Pada hari ini perlawanan bermula pada jam 3.20ptg. dan selesai pada jam 5.45ptg. Di bawah ini sebahagian gambar reaksi perlawanan dijalankan.
Intan Vs Mutiara , Delima Vs Berlian dan Zamrud Vs Nilam

Sebahagian UMPIRE yang telah dilantik oleh AJK

Bergu 1 : Intan Vs Mutiara
Keputusan : 3 - 0

Bergu: 1 Delima Vs Berlian
Keputusan : 3 - 0

Bergu 3: Delima Vs Berlian
Keputusan : 3 - 0

Bergu 3 : Zamrud Vs Nilam
Keputusan : 1 - 2

Bergu: 5 Intan Vs Mutiara
Keputusan : 0 - 3

Oleh sebab sebahagian kumpulan mengikut BERGU tidak dapat hadir, maka AJK telah mengarahkan Bergu yang terlibat mengadakan perlawanan awal dari tarikh yang telah ditetapkan untuk mengelakkan daripada banyak perlawanan TERTUNDA.

Bergu 2 : Mutiara Vs Nilam
Keputusan : 1 - 2
(Perlawanan ini diawalkan )


Bergu:2 Delima Vs Mutiara
Keputusan : 2 - 1
(Perlawanan diawalkan)


Bergu: 6 Berlian Vs Intan
( Perlawanan diawalkan )
Walaubagaimanapun perlawanan hari ini berjalan dengan lancar atas kerjasama dan tolak ansur yang diberikan oleh peserta. Pihak AJK mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH atas sokongan padu, semoga perlawanan ini akan sentiasa dapat dijalan dengan sempurna, dan tidak lupa juga kepada Pegawai dan Kakitangan Pejabat Daerah Tutong kerana memberi kebenaran kepada kami untuk menjalankan perlawanan KEJOHANAN P.B.T.S anjuran Birowanita P.B.T.S kali ke 5 bagi tahun 2009

Kepada SEMUA pemain... insyaALLAH kita akan berjumpa lagi pada hari JUMAAT 8hb. Mei 2009 bertempat di DEWAN KOMPLEKS SUKAN,
Jalan Bukit Bendira, Tutong.


"BERSATU....BERMUAFAKAT.....MEMBAWA BERKAT"
AMIN.......

Sabtu, 2 Mei 2009

PANDUAN LALUAN KE DEWAN.......

Kepada PEMAIN yang masih belum mengetahui laluan menuju ke DEWAN SERBAGUNA SERAMBANGUN TUTONG..... sila lihat panduan gambar yang disediakan:


Laluan ke Jambatan panjang

Terjumpa "Traffic-Light" yang pertama.... jln terus.... melimpasi belakang sekolah MAHAD

dekat dgn. Traffic-Light ke dua, belok ke kiri.....

seterusnya jalan terus terjumpa simpang 3 Sengkarai, belok ke kanan
( masuk simpang - seperti haluan kereta putih ) dan belok ke kanan lagi jln terus seperti dalam gambar ini:



Masuk ke simpang... belok kiri seperti kereta merah... di sana kamu nampak bangunan ...

DEWAN SERBAGUNA SERAMBANGUN TUTONG.

Kawasan Tamuneka Tutong.

Laluan ke DEWAN KOMPLEKS SUKAN TUTONG
Laluan Jambatan panjang terjumpa Traffic-Light yang PERTAMA terus belok ke kiri
seperti kereta putih dalam gambar ini.

Jalan terus melimpasi Sek. Menengah Muda Hashim, Tutong, dan Hospital Tutong.
Berdekatan dengan Sek. Men. Sufri Bolkiah.... terjumpa simpang.... belok ke kanan.....


Jalan terus melimpasi Dewan Seri Kenangan.... terjumpa simpang ada papan tanda seperti dalam gambar..... belok ke kiri..... dan kamu ternampak DEWAN KOMPLEKS SUKAN TUTONG seperti dalam gambar di bawah ini.

Semoga perjalanan aman dan selamat...... amin....
InsyaAllah kita jumpa ESOK 3hb. Mei 2009 di Dewan Serbaguna SERAMBANGUN Tutong....

Khamis, 30 April 2009

HOMEPAGE Birowanita PBTS

Kepada SEMUA peserta / pemain yang menyertai KEJOHANAN P.B.T.S BADMINTON BERPASUKAN WANITA-WANITA DAERAH TUTONG sila tekan Link http://www.pbts.synthasite.com/ dibahagian kanan (HOMEPAGE Birowanita PBTS) untuk mengetahui:

1. Nama Pasukan dan Pasangan mengikut ranking.
2. Jadwal Perlawanan
3. Keputusan Perlawanan TERKINI.


Pyzam Glitter Text Maker

Glitter Graphics Maker & MySpace Layouts

Isnin, 27 April 2009

KEJOHANAN P.B.T.S BADMINTON BERPASUKAN WWDT 2009

Makluman kpg SEMUA peserta / pemain yang menyertai KEJOHANAN P.B.T.S BADMINTON BERPASUKAN WANITA-WANITA DAERAH TUTONG 2009. Anjuran BIROWANITA P.B.T.S Tutong kali ke 5 .
Alhamdulillah, insyaALLAH kita akan bermula perlawanan ini pada 3hb. Mei 2009 [AHAD] bermula jam 2:30petang hingga 6:00 petang ( masa TERHAD ), di Dewan Serbaguna SERAMBANGUN TUTONG - berdekatan dengan TAMU RIA TUTONG. Jadwal Perlawanan, nama PASUKAN dan PASANGAN akan diedarkan pada hari tersebut. Pembayaran penyertaan $12.00seorang bolehlah diserahkan pada hari tersebut, sekian HARAF MAKLUM dan terima kasih.
Sebarang PESANAN / MASSAGE bolehlah ditulis di ruangan blablabla disebelah kanan.

Sabtu, 18 April 2009

Makluman kepada SEMUA peserta / pemain yang menyertai KEJOHANAN PBTS BADMINTON BERPASUKAN WANITA-WANITA DI DAERAH TUTONG BAGI TAHUN 2009 anjuran Birowanita PBTS. Cadangan tarikh perlawanan 3 Mei kemungkinan akan BERUBAH . Dewan tempat perlawanan masih dalam proses PENGURUSAN ( DEWAN KOMPLEKS SUKAN TUTONG )... kerana DEWAN tempat yang dipohonkan terlebih awal ( DEWAN SERBAGUNA SERAMBANGUN TUTONG ) masih dalam PERTANYAAN?? MOHON MAAF....dan HARAF MAKLUM.

Kami AJK tidak lupa mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH atas sokongan dan menyertai kejohanan ini.... dan insyaALLAH akan diMAKLUMKAN secepat mungkin.... TERIMA KASIH.

Khamis, 16 April 2009

Pada tahun ini 2009, Birowanita PBTS insyaALLAH akan melaksanakan lagi projek tahunan bagi KEJOHANAN PBTS BADMINTON BERPASUKAN WANITA-WANITA DAERAH TUTONG.
MATLAMAT nya: Untuk mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan kaum wanita khususnya di Daerah Tutong / ahli-ahli dalam melakukan kegiatan yang bermanfaat melalui perlawanan badminton.

SYARAT PENYERTAAN: Penyertaan terbuka kepada: Ahli-ahli Wanita PBTS, Wanita-wanita Daerah Tutong, yang bermastautin di DT, yang ada hubungkait dgn keluarga DT dan yang dijemput dari luar daerah.
Bayaran penyertaan bagi setiap seorang $12.00. Tarikh tutup penyertaan : 18 April 2009.
Peserta / pemain yang menyertai perlawanan ini akan diranking mengikut kebolehan masing-masing dan diundi untuk menentukan pasukannya.
Pada tahun ini, pemain diberi peluang untuk memilih pasangan sendiri dan cuma bagi peserta / pemain SECARA BERUNDI dari AJK sahaja akan DICALONKAN sebagai kategori pemain BERGU KESELURUHAN TERBAIK. Perlawanan ini akan diadakan secara pusing keliling ( Round-robin ) dan mengikut undang-undang IBF.
InsyaALLAH perlawanan akan bermula pada 3 Mei 2009 setiap AHAD dan JUMAAT jam 3:00 petang TETAPI semua pemain HENDAKLAH berada di dewan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan bagi melancarkan lagi perlawanan tersebut. DEWAN SEBAGUNA SERAMBANGUN TUTONG ( berdekatan dengan TAMU Tutong ). Walaubagaimanapun perubahan tempat dan jadual perlawanan akan SENTIASA dimaklumkan. Atas KERJASAMA yang diberikan diucapkan JUTAAN terima kasih. InsyaALLAH mesyuarat akan diadakan pada 24hb. April ini ( JUMAAT ), kepada peserta yang ingin mengetahui selanjutnya diPERSILAKAN hadir bersama-sama di rumah PENGURUS PERLAWANAN jam 2petang - HNS102KERIAM. SEMUA keputusan mesyuarat juganakan dimaklumkan kepada SEMUA pemain melalui surat / SMS.
Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi no. HP AJK. Penyelanggara Perlawanan yg tercatat dalam borang penyertaan atau gunakan ruangan BLABLABLA .....WAS
SALAM