Khamis, 4 Mac 2010

PERLAWANAN BADMINTON BERPASUKAN 2010

KEJOHANAN PBTS
BADMINTON BERPASUKAN WANITA-WANITA
DAERAH TUTONG
SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NBD KE 26
ANJURAN BIRO WANITA P.B.T.S KALI 6
BAGI TAHUN 2010

Dengan penuh hormat sukacita dimaklumkan kepada Pengiran / Puan / Dayang untuk mempersilakan dan dijemput untuk menyertai kejohanan seperti perkara yang tersebut di atas. Matlamat Perlawanan Berpasukan ini antara lainnya adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan kaum wanita Daerah Tutong / ahli-ahli dalam melakukan kegiatan yang bermanfaat melalui perlawanan Bulu Tangkis.

Cadangan perlawanan akan diadakan bermula pada 2 APRIL 2010
setiap HARI AHAD dan JUMAAT , Jam 2:30ptg hingga 6:00ptg.
Dewan tempat perlawanan akan dimaklumkan kemudian.

Penyertaan Terbuka kepada:
- Ahli-ahli Wanita P.B.T.S Tutong
- Wanita-wanita Daerah Tutong
- Wanita-wanita yang bermastautin di Daerah Tutong
- atau yang ada hubungkait dengan keluarga Daerah Tutong
- dan pemain JEMPUTAN dari luar daerah.

Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak $12.00 ( DUABELAS RINGGIT SAHAJA ).
Selain mengisi BORANG PENYERTAAN, peserta bolehlah berhubung terus dan mencatat dalam ruangan blablabla- sidebar sebelah kiri blog ini.

Peserta akan diranking mengikut kategori dan kebolehan masing-masing seterusnya diundi untuk menentukan pasukannya. Peserta BOLEH juga memilih pasangan masing-masing sesuai dengan ranking dalam kumpulan tersebut tetapi tidak akan dicalonkan sebagai "BERGU KESELURUHAN TERBAIK".

SEKIAN UNTUK MAKLMAN.