Khamis, 4 Mac 2010

PERLAWANAN BADMINTON BERPASUKAN 2010

KEJOHANAN PBTS
BADMINTON BERPASUKAN WANITA-WANITA
DAERAH TUTONG
SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NBD KE 26
ANJURAN BIRO WANITA P.B.T.S KALI 6
BAGI TAHUN 2010

Dengan penuh hormat sukacita dimaklumkan kepada Pengiran / Puan / Dayang untuk mempersilakan dan dijemput untuk menyertai kejohanan seperti perkara yang tersebut di atas. Matlamat Perlawanan Berpasukan ini antara lainnya adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan kaum wanita Daerah Tutong / ahli-ahli dalam melakukan kegiatan yang bermanfaat melalui perlawanan Bulu Tangkis.

Cadangan perlawanan akan diadakan bermula pada 2 APRIL 2010
setiap HARI AHAD dan JUMAAT , Jam 2:30ptg hingga 6:00ptg.
Dewan tempat perlawanan akan dimaklumkan kemudian.

Penyertaan Terbuka kepada:
- Ahli-ahli Wanita P.B.T.S Tutong
- Wanita-wanita Daerah Tutong
- Wanita-wanita yang bermastautin di Daerah Tutong
- atau yang ada hubungkait dengan keluarga Daerah Tutong
- dan pemain JEMPUTAN dari luar daerah.

Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak $12.00 ( DUABELAS RINGGIT SAHAJA ).
Selain mengisi BORANG PENYERTAAN, peserta bolehlah berhubung terus dan mencatat dalam ruangan blablabla- sidebar sebelah kiri blog ini.

Peserta akan diranking mengikut kategori dan kebolehan masing-masing seterusnya diundi untuk menentukan pasukannya. Peserta BOLEH juga memilih pasangan masing-masing sesuai dengan ranking dalam kumpulan tersebut tetapi tidak akan dicalonkan sebagai "BERGU KESELURUHAN TERBAIK".

SEKIAN UNTUK MAKLMAN.

Selasa, 14 Julai 2009

KEJOHANAN PBST BADMINTON BERPASUKAN WWDT09


Gambar kenang-kenangan bersama Tetamu Kehormat Isteri Pegawai Daerah Tutong Puan Hjh. Nurliyana binti Abdullah Fung

Sabtu, 6 Jun 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH TERTUNDA

Dimaklumkan kepada SEMUA PESERTA / PEMAIN BADMINTON BERPASUKAN WWDT09 bahawa
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH [7hb. JUN 2009]
telah ditunda ke
5 JULAI 2009 - AHAD
Jam : 2:30ptg
Di Dewan Serbaguna SERAMBANGUN Tutong
Kami memohon MAAF atas perkara yang tidak dapat dielakkan.
HARAP MAKLUM.

Khamis, 21 Mei 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH 2009

Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatnkuasa Majlis, dengan penoh hormat dan takzim menjunjung Pengiran mempersilakan Awang /Dayang hadir ke KEJOHANAN P.B.T.S BADMINTON BERPASUKAN WANITA-WANITA DAERAH TUTONG KALI KE 5 BAGI TAHUN 2009 Sempena 5 tahun penubuhan persatuan anjuran Biro Wanita P.B.T.S dan seterusnya Majlis Penyampaian Hadiah :

7 JUN 2009

13 JAMADILAKHIR 1430H


AHAD

2:30 PETANG


DI DEWAN KOMPLEKS SUKAN TUTONG


Tetamu Kehormat

Yang Mulia

Puan Hjh. Marliyana binti Abdullah Fung

Isteri Pegawai Daerah Tutong.


Di atas keberangkatan Pengiran kehadiran Awang / Dayang, Pengerusi dan ahli-ahli Jawatankuasa Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih.

YANG BERHARAP

PENGERUSI DAN AJK. MAJLIS 2009


Dalam majlis ini akan diadakan

HADIAH-HADIAH BERTUAH.......

bagi PESERTA/PEMAIN yang HADIR sahaja dan JEMPUTAN-JEMPUTAN KHAS.

marilah sama-sama memeriahkan lagi majlis ini......


Untuk mengetahui ATURCARA MAJLIS dan AHLI JAWATANKUASA MAJLIS
sila rujuk dan tekan disini http://www.pbts.synthasite.com

Rabu, 20 Mei 2009

PERLAWANAN TERTUNDA 22HB. DIBATALKAN

MAKLUMAN Kepada SEMUA pemain PERLAWANAN TERTUNDA
22HB. MEI 2009 JUMAAT adalah diBATALKAN
kerana DEWAN KOMPLEKS SUKAN digunakan untuk PERLAWANAN BOLAJARING- Pesta Sukan Remaja ( PSR)
PERLAWANAN TERTUNDA dan PERLAWANAN DIAWALKAN ( 7hb. Jun ) akan di adakan pada
24HB. MEI 2009 ( AHAD )
jam 2.30pm - 6pm.
DEWAN KOMPLEKS SUKAN TUTONG
Semua pemain diharap datang pada 24hb. Mei 2009 untuk melancarkan lagi perlawanan kita hari tersebut.

Sila tekan disini http://www.pbts.synthasite.com/bagi mengetahui CADANGAN TARIKH BAGI PERLAWANAN TERTUNDA mengikut BERGU MASING-MASING.
Sekian HARAP MAKLUM dan TERIMA KASIH

Isnin, 11 Mei 2009

PERLAWANAN HARI KETIGA

Perlawanan hari ketiga pada 10hb. Mei 2009 ( Ahad ) di Dewan Serbaguna SERAMBANGUN Tutong jam 2.30 - 6 petang. Sebelum memulakan perlawanan, pihak pengurus memberikan sedikit penerangan kepada peserta agar dapat melaksanakan perlawanan-perlawanan yang TERTUNDA ( 3hb. & 8hb. Mei ). AJK juga tidak lupa mengucapkan "SELAMAT HARI IBU" kepada peserta yang bergelar IBU. Semoga menjadi seorang IBU yang berdidikasi kepada anak-anak , diberi HIDAYAT, KERAHMATAN, KEHARMONIAN dalam keluarga, BAHAGIA disamping SUAMI TERCINTA dan BERKEKALAN hingga ke akhir hayat....AMIN.
Mother's Day
New MySpace Layouts

Perlawanan bermula pada jam 3:15 petang. Alhamdulillah, perlawanan hari ini berjalan dengan lancar atas kerjasama semua.

Pasukan yang berlawan pada hari ini:
BERLIAN Vs NILAM
ZAMRUD Vs MUTIARA
INTAN Vs DELIMA

Untuk mengetahui keputusan TERKINI sila tekan di sini http://www.pbts.synthasite.com/

Sebanyak 18 Bergu telah dapat dijalankan. Dalam pada masa yang sama, perlawanan TERTUNDA dan juga perlawanan AWAL dari tarikh yang telah ditetapkan juga telah dapat dilaksanakan mengikut persetujuan kedua-dua pihak lawan. Ini adalah untuk mengisi ruangan bagi perlawanan yang TERTUNDA pada hari ini. Perlawanan selesai pada jam 6:15petang.
Kita akan berjumpa lagi
PERLAWANAN HARI KE 4
PADA: 17HB.MEI 2009
AHAD
DI DEWAN KOMPLEKS SUKAN, JBS. TUTONG

Isnin, 4 Mei 2009

PERLAWANAN HARI KEDUA

KEJOHANAN P.B.T.S BADMINTON BERPASUKAN WWDT09

Pada : 8HB.MEI2009 - JUMAAT

Tempat : Dewan Kompleks Sukan, Jabatan Belia dan Sukan, Tutong.
Jam : 2.30ptg - 6:00ptg.

Pasukan -pasukan seperti berikut:
DELIMA Vs ZAMRUD

MUTIARA Vs NILAM

BERLIAN Vs INTAN

Selamat BERJUANG.......... demi PASUKAN masing-masing.
Yang penting : "BERSATU.....BERMUAFAKAT.....MEMBAWA BERKAT....."
Diharap SEMUA PESERTA hendaklah sentiasa STANDBY / BERSIAP SEDIA untuk perlawanan yang diarahkan oleh AJK bagi yang TERLIBAT untuk menggelakan dari BANYAK PERLAWANAN TERTUNDA dan akan dihubungi jika ada perubahan perlawanan tersebut.
Jika terdapat BERGU lawan tidak dapat hadir pada hari PERLAWANAN, BOLEHLAH memberi CADANGAN perlawanan diAWALKAN dari tarikh yang telah ditetapkan... dengan menghubungi / kata sepakat dgn. pihak lawan yang dicadangkan.
Sekian harap MAKLUM....... Semoga perlawanan tersebut BERJALAN dengan LANCAR....AMIN

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
dari PENGURUS PERLAWANAN