Khamis, 30 April 2009

HOMEPAGE Birowanita PBTS

Kepada SEMUA peserta / pemain yang menyertai KEJOHANAN P.B.T.S BADMINTON BERPASUKAN WANITA-WANITA DAERAH TUTONG sila tekan Link http://www.pbts.synthasite.com/ dibahagian kanan (HOMEPAGE Birowanita PBTS) untuk mengetahui:

1. Nama Pasukan dan Pasangan mengikut ranking.
2. Jadwal Perlawanan
3. Keputusan Perlawanan TERKINI.


Pyzam Glitter Text Maker

Glitter Graphics Maker & MySpace Layouts

Isnin, 27 April 2009

KEJOHANAN P.B.T.S BADMINTON BERPASUKAN WWDT 2009

Makluman kpg SEMUA peserta / pemain yang menyertai KEJOHANAN P.B.T.S BADMINTON BERPASUKAN WANITA-WANITA DAERAH TUTONG 2009. Anjuran BIROWANITA P.B.T.S Tutong kali ke 5 .
Alhamdulillah, insyaALLAH kita akan bermula perlawanan ini pada 3hb. Mei 2009 [AHAD] bermula jam 2:30petang hingga 6:00 petang ( masa TERHAD ), di Dewan Serbaguna SERAMBANGUN TUTONG - berdekatan dengan TAMU RIA TUTONG. Jadwal Perlawanan, nama PASUKAN dan PASANGAN akan diedarkan pada hari tersebut. Pembayaran penyertaan $12.00seorang bolehlah diserahkan pada hari tersebut, sekian HARAF MAKLUM dan terima kasih.
Sebarang PESANAN / MASSAGE bolehlah ditulis di ruangan blablabla disebelah kanan.

Sabtu, 18 April 2009

Makluman kepada SEMUA peserta / pemain yang menyertai KEJOHANAN PBTS BADMINTON BERPASUKAN WANITA-WANITA DI DAERAH TUTONG BAGI TAHUN 2009 anjuran Birowanita PBTS. Cadangan tarikh perlawanan 3 Mei kemungkinan akan BERUBAH . Dewan tempat perlawanan masih dalam proses PENGURUSAN ( DEWAN KOMPLEKS SUKAN TUTONG )... kerana DEWAN tempat yang dipohonkan terlebih awal ( DEWAN SERBAGUNA SERAMBANGUN TUTONG ) masih dalam PERTANYAAN?? MOHON MAAF....dan HARAF MAKLUM.

Kami AJK tidak lupa mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH atas sokongan dan menyertai kejohanan ini.... dan insyaALLAH akan diMAKLUMKAN secepat mungkin.... TERIMA KASIH.

Khamis, 16 April 2009

Pada tahun ini 2009, Birowanita PBTS insyaALLAH akan melaksanakan lagi projek tahunan bagi KEJOHANAN PBTS BADMINTON BERPASUKAN WANITA-WANITA DAERAH TUTONG.
MATLAMAT nya: Untuk mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan kaum wanita khususnya di Daerah Tutong / ahli-ahli dalam melakukan kegiatan yang bermanfaat melalui perlawanan badminton.

SYARAT PENYERTAAN: Penyertaan terbuka kepada: Ahli-ahli Wanita PBTS, Wanita-wanita Daerah Tutong, yang bermastautin di DT, yang ada hubungkait dgn keluarga DT dan yang dijemput dari luar daerah.
Bayaran penyertaan bagi setiap seorang $12.00. Tarikh tutup penyertaan : 18 April 2009.
Peserta / pemain yang menyertai perlawanan ini akan diranking mengikut kebolehan masing-masing dan diundi untuk menentukan pasukannya.
Pada tahun ini, pemain diberi peluang untuk memilih pasangan sendiri dan cuma bagi peserta / pemain SECARA BERUNDI dari AJK sahaja akan DICALONKAN sebagai kategori pemain BERGU KESELURUHAN TERBAIK. Perlawanan ini akan diadakan secara pusing keliling ( Round-robin ) dan mengikut undang-undang IBF.
InsyaALLAH perlawanan akan bermula pada 3 Mei 2009 setiap AHAD dan JUMAAT jam 3:00 petang TETAPI semua pemain HENDAKLAH berada di dewan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan bagi melancarkan lagi perlawanan tersebut. DEWAN SEBAGUNA SERAMBANGUN TUTONG ( berdekatan dengan TAMU Tutong ). Walaubagaimanapun perubahan tempat dan jadual perlawanan akan SENTIASA dimaklumkan. Atas KERJASAMA yang diberikan diucapkan JUTAAN terima kasih. InsyaALLAH mesyuarat akan diadakan pada 24hb. April ini ( JUMAAT ), kepada peserta yang ingin mengetahui selanjutnya diPERSILAKAN hadir bersama-sama di rumah PENGURUS PERLAWANAN jam 2petang - HNS102KERIAM. SEMUA keputusan mesyuarat juganakan dimaklumkan kepada SEMUA pemain melalui surat / SMS.
Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi no. HP AJK. Penyelanggara Perlawanan yg tercatat dalam borang penyertaan atau gunakan ruangan BLABLABLA .....WAS
SALAM