Isnin, 11 Mei 2009

PERLAWANAN HARI KETIGA

Perlawanan hari ketiga pada 10hb. Mei 2009 ( Ahad ) di Dewan Serbaguna SERAMBANGUN Tutong jam 2.30 - 6 petang. Sebelum memulakan perlawanan, pihak pengurus memberikan sedikit penerangan kepada peserta agar dapat melaksanakan perlawanan-perlawanan yang TERTUNDA ( 3hb. & 8hb. Mei ). AJK juga tidak lupa mengucapkan "SELAMAT HARI IBU" kepada peserta yang bergelar IBU. Semoga menjadi seorang IBU yang berdidikasi kepada anak-anak , diberi HIDAYAT, KERAHMATAN, KEHARMONIAN dalam keluarga, BAHAGIA disamping SUAMI TERCINTA dan BERKEKALAN hingga ke akhir hayat....AMIN.
Mother's Day
New MySpace Layouts

Perlawanan bermula pada jam 3:15 petang. Alhamdulillah, perlawanan hari ini berjalan dengan lancar atas kerjasama semua.

Pasukan yang berlawan pada hari ini:
BERLIAN Vs NILAM
ZAMRUD Vs MUTIARA
INTAN Vs DELIMA

Untuk mengetahui keputusan TERKINI sila tekan di sini http://www.pbts.synthasite.com/

Sebanyak 18 Bergu telah dapat dijalankan. Dalam pada masa yang sama, perlawanan TERTUNDA dan juga perlawanan AWAL dari tarikh yang telah ditetapkan juga telah dapat dilaksanakan mengikut persetujuan kedua-dua pihak lawan. Ini adalah untuk mengisi ruangan bagi perlawanan yang TERTUNDA pada hari ini. Perlawanan selesai pada jam 6:15petang.
Kita akan berjumpa lagi
PERLAWANAN HARI KE 4
PADA: 17HB.MEI 2009
AHAD
DI DEWAN KOMPLEKS SUKAN, JBS. TUTONG

Tiada ulasan: