Khamis, 16 April 2009

Pada tahun ini 2009, Birowanita PBTS insyaALLAH akan melaksanakan lagi projek tahunan bagi KEJOHANAN PBTS BADMINTON BERPASUKAN WANITA-WANITA DAERAH TUTONG.
MATLAMAT nya: Untuk mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan kaum wanita khususnya di Daerah Tutong / ahli-ahli dalam melakukan kegiatan yang bermanfaat melalui perlawanan badminton.

SYARAT PENYERTAAN: Penyertaan terbuka kepada: Ahli-ahli Wanita PBTS, Wanita-wanita Daerah Tutong, yang bermastautin di DT, yang ada hubungkait dgn keluarga DT dan yang dijemput dari luar daerah.
Bayaran penyertaan bagi setiap seorang $12.00. Tarikh tutup penyertaan : 18 April 2009.
Peserta / pemain yang menyertai perlawanan ini akan diranking mengikut kebolehan masing-masing dan diundi untuk menentukan pasukannya.
Pada tahun ini, pemain diberi peluang untuk memilih pasangan sendiri dan cuma bagi peserta / pemain SECARA BERUNDI dari AJK sahaja akan DICALONKAN sebagai kategori pemain BERGU KESELURUHAN TERBAIK. Perlawanan ini akan diadakan secara pusing keliling ( Round-robin ) dan mengikut undang-undang IBF.
InsyaALLAH perlawanan akan bermula pada 3 Mei 2009 setiap AHAD dan JUMAAT jam 3:00 petang TETAPI semua pemain HENDAKLAH berada di dewan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan bagi melancarkan lagi perlawanan tersebut. DEWAN SEBAGUNA SERAMBANGUN TUTONG ( berdekatan dengan TAMU Tutong ). Walaubagaimanapun perubahan tempat dan jadual perlawanan akan SENTIASA dimaklumkan. Atas KERJASAMA yang diberikan diucapkan JUTAAN terima kasih. InsyaALLAH mesyuarat akan diadakan pada 24hb. April ini ( JUMAAT ), kepada peserta yang ingin mengetahui selanjutnya diPERSILAKAN hadir bersama-sama di rumah PENGURUS PERLAWANAN jam 2petang - HNS102KERIAM. SEMUA keputusan mesyuarat juganakan dimaklumkan kepada SEMUA pemain melalui surat / SMS.
Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi no. HP AJK. Penyelanggara Perlawanan yg tercatat dalam borang penyertaan atau gunakan ruangan BLABLABLA .....WAS
SALAM

Tiada ulasan: